Sunday, April 24, 2011

Cinta bukan untuk Ditangisi


Assalamualaikum

Alhamdulillah makin hari makin byk idea untuk entri dalam blog nie..:)
Semoga pembaca semua suka dgn entri2 dalam blog nie...
Kali ini nak kongsi sedikit fahaman dalam bab cinta...dgn pembaca semua...:)

Wahai pembaca semua "Cinta itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dinikmati"
Jika cinta itu menyebabkan anda mengeluarkan butir2 jernih yg suci dari matamu...Cinta itu bukan lah yg terbaik untukmu, maka tinggalkan sahaja cinta itu. Air mata yg jatuh pada saat ini secara logiknya akan berterusan hingga anda bekahwin dgn insan tersebut.

Jika dia menyintai anda, mengapa dia harus membuat anda menangis?
Jika dia benar2 syg pada anda mengapa pula dia sanggup memainkan perasaan anda?
Dia hanya ingin bermain atau pun menguji anda?

Cinta xperlukan air mata tetapi adalah tertawa ria dari pasangan 2..
Perhubungan yg harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yg tenang, lurus dan menuju matlamat. Tetapi jika ia sebaliknya sengketa dan bertemankan air mata sepanjang hari2 mu..cinta itu ibarat perjalanan yg tersekat2 oleh landasan yg bengkak-bengkok yg tidak tahu hala tuju matlamatnya..

Ketika kehadiran cinta itu sambutlah kedatanganya dgn gembira. Tetapi sebaik sahaja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap TUHAN kian menghilang, tinggalkan sahaja cinta itu dan binalah cinta yg baru.

Sebenarnya tidak perlu lah anda tergesa2 untuk membina cinta. Tiba saatnya Cinta itu akan hadir dgn sendirinya....:)

P/s: "Sesuatu yg hadir tnpa perlu di tagih selalunya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur"



Usah terlalu MEMINATI, Usah terlalu MEMBENCI

ASSALAMUALAIKUM.......:D


Entri kali nie untuk umum...
Pada pembaca..jika entri kali ini menyentuh hati anda Ampun dan Maaf saya pinta...:)

Kepada pasangan yang semakin bahagia..saya doakan anda berdua sentiasa dalam kebahagiaan.
Pada mereka yang baru lepas berpisah janganlah mudah jatuh....ayuh bangun bersama saya...:)

Tidak salah jika seseorang itu mula meminati sesuatu, sama ada kearah kebendaan atau pun terhadap individu.
Tetapi anda haruslah berhati2 kerana terlalu meminati akan membawa padah satu hari nanti. Anda juga jangan lah terlalu membenci kerana ia juga akan membawa ke arah tidak baik.

Jika anda terlalu menyukai, anda tidak akan nampak apa2 kekurangan pada dirinya.
Jika anda terlalu membenci, anda tidak akan melihat kebaikan pada dirinye lagi.

Manusia menjadi buta tatkala terlalu menyukai. Bila suka anda akan mudah terpengaruh dgn kata2nya;
Meminati- anda haruslah berusaha sedaya upaya mungkin untuk mendapatkannya, meskipun kadang2 usaha anda itu menempuh sejuta bahaya.
Mengangumianda buta untuk melihat kecacatan yang ada padanya.

Lebih baik anda bersederhana dalam menyukai.
Berhati2 tatkala melangkah dan tatkala anda menyintai. Anda jgn lah terlalu berharap, apabila anda terlalu berharap akan mudah kecewa apabila gagal.
Oleh itu setiap kegagalan menyimpan satu kejayaan. Setiap masalah akan membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup byk lagi akn terbuka.

Jika anda gagal mendapat perhatian itu baik sebab sekurang2nya anda masih boleh membuat pilihan lain dan tidak terpenjara oleh yang satu.
"Permata tidak semestinya asli".  Jika senang diperolehi tentu bukan asli. Ia betul atau tidak pe yang saya katakan?
Jika ia tulen usahakanlah untuk memilikinya.
Jika ia palsu tinggalkan sahaja.
"Yang palsu tentu tidak berharga malah lebih sakit memeliharanya"
"Luaranya indah, cukup masa ia mengelupas dan masa itu lah terdedahlah segalanya"

"Ah..yang selame ini aku pertahanakan, upe2nye hanya besi buruk bersalut emas tiruan"
Semua org melihat buruk, tetapi anda tetap memandang cantik.
Mengapa kita tidak pernah nampak walaupun kita tidak buta penglihatan?

P/s: Bersederhana adalah jawapan kepada semua persoalan.

Thursday, April 21, 2011

Wanita Ialah Bintang & Pelita



Assalamualaikum...


Kalau semalam entri untuk lelaki..kali ini entri lebih kepada wanita...:)
Tengok tajuk lah awk....:D
Lelaki juga boleh baca...xsalah pun.


Tanpa pelita lelaki akan bergelap dalam kegelapan...
Cuba anda bayangkan kalau dalam dunia nie hnya ada kaum lelaki...nescaya sepanjang hidup mereka akn bosan dan sepi...betul x? Cuba anda bygkan pula kalau dunia nie semuanye kaum hawa? lebih kurg same jugakk kan?
Namun fitrah manusia memerlukan berteman, agar dgn itu dia ada teman untuk bebicara,saling menyayang untuk membina sahsiah hidup yang bahagia.

Wanita itu BINTANG. Indah dipersada langit.
Wanita itu Pelita. Ia menerangi alam.

Wujudnye wanita selain dari memperhambakan diri kepada PENCIPTA. Ia juga menjadi dian dalam hidup lelaki. Maka jadilah sebagai dian yang cukup damarnya. Jangan pula menjadi racun yang memusnahakan diri sendiri dan juga dia yang bernama lelaki.

"Lelaki itu kelihatan perkasa dan gagah tetapi sebenarnye lemah"
"Yang perkasa mungkin fizikalnye tapi hati dan perasaan tetap romantik. Jika tidak, tiadalah lelaki sanggup menyusahkan diri untuk bergelar kekasih dan suami kepada seorang wanita."

Perasaan lelaki tetap halus, sama seperti wanita cuma dia dibekal keperkasaan tubuh oleh ALLAH. Demikian itu, dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi. Perasaanya mudah tersentuh dan halus. Dia mampu menangis apabila jiwanye terhiris. Apa yang keperkasaan ditunjukkan dia tetap dikuruniakan hati yang lembut.

"Selalu terjadi juga pada seorang lelaki yang menjaga ketaatan dan kesolehan tetapi akhirnye kecundang, oleh godaan wanita. Jangan salahkan lelaki sangat jika perhatiannya terkalit. Tetapi seharusnye menyalahkan juga wanita yang mengoda.
"Lelaki lemah dalam perkasanya"

Lelaki amat memerlukan seorang wanita yang baik disisinya. Wanita juga memerlukan seoarang lelaki yang bertanggungjawab. Kita saling memerlukan.

"Kecantikan wanita tidak berertikan apa2 jika dibandingkan dgn kemuliaan akhlak dan perilakunye."
"Gunakan kecantikan anda untuk menundukan lelaki, anda kan berjaya sbb tiada seorang lelaki yang tidak suka pada kecantikan" tetapi apabila dtg bosan dan marah, kecantikan seorang wanita sudah tidak bermakna.

Akhir sekali "Sayangilah sebuah perkenalan kerana disitu ada kenangan, Kenangilah sebuah perhubungan kerana disitu adanya kerinduan." Sayangilah kedua-duanye kerana ia rahmat dari TUHAN.

Wednesday, April 20, 2011

Untukmu Lelaki...:)

Assalamualikum....

Entri kali ini maybe lebih fokus pada kaum adam....:)
Kaum Hawa juga boleh baca..tiada masalah...:D


Tanpa Wanita, Hati, Fikiran dan Perasaan Lelaki akan resah...
Itulah lelaki, sekuat mane pun kamu tanpa wanita siapalah kamu..?
Nabi Adam a.s tetap rindukan seorang teman. Betapa kamu tidak mengakuinye bahawa kamu juga memerlukan seorang wanita disisi kamu.
Kerana wujudnye seorang wanita dalam diri kamu...Kamu mampu memangilnye Isteri, Ibu, Puteri.
Mereka semua menjadi Penyeri kpd kehidupan kamu....:)
"Dijadikan mereka dari tulang rusukmu yang bengkok untuk diluruskan oleh kaummu. Kalau lelaki itu tidak lurus bagaimana caranya kamu mampu meluruskan seseorang wanita itu...?" 
Didiklah wanita itu dengan panduan daripada-NYA. Wanita bukan untuk dizalimi, bukan juga untuk diperhambakan tetapi untuk dipelihara, dilindungi, dan diberikan keselesaan hidup semampu kamu.
Mereka semua adalah teman perjuangan hidup kamu.
"Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal di situlah suisnye untuk menundukan wanita." Maka untuk memperkenalkan mereka kepada ALLAH, kamu sendiri perlu lebih dahulu kenal dgn-NYA.
"Jika akalnye setipis rambut, tebalkan lah dgn Ilmu"
"JIka hatinya separuh kaca, kuatkan lah dgn Iman"
"Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dgn akhlak dan kasih syg"
"Bisikan lah kepada wanita itu, kelembutan bukan suatu kelemahan"
Tanpa ilmu, akhlak dan kasih syg. Mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkok.
Itulah akibatnye wanita bila tidak kenal TUHAN. Bila mereka derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
"Wahai lelaki jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan"
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri kepada-NYA.
Jinakan diri dgn Allah, nescaya akan jinaklah segalanye di bawah pimpinan kamu.
"Jangan terlalu mengharapkan wanita seindah Siti Fatimah kalau anda bukan seperti Sayidina Ali.."

Friday, April 15, 2011

Kalau hati ini milik kamu...:)

Jika satu ari hati ini menjadi milik kamu...jaga lah ia seperti kamu mendapat sesuatu yang sgt3 berharga dariNya...
Tidak mampuku meminta lebih...hanya sekadar mahu kamu menjaganye seperti diri kamu sendiri..:)
Walaupun byk kekurangan pada hati itu...arap sgt kamu dapat menerimanya seikhlas hati mu....
Setelah kamu memiliki hati itu...jage lah sebaik2nye..kerana mungkin hati itu akn berubah2...bukan tempatnya..tetapi pendiriannye, dan kasihnye..:)
Hati itu tidak dapat dilihat kerana ia jauh dalam diri seseorang....tetapi dapat kamu ketahui dari gerak gerinye..
Jika hati itu meronta2,mrh,sedih.....pujuk lah ia dgn lembut....kerana ia mudah terguris jika tersalah cara...:)

**Hati ini milik siapa?

Friday, April 8, 2011

REPORT!!!!!

Asslamualaikum....


Hai u all....entri kli nie sal report dayah yg masih lum complete..pe lah yg dayah nk mngomel kat report nie ha....
dah lah waktu practikal dlu xbyk sgt keje..nk tnjuk pe pun xthu ha....
tension memikir idea...dayah nk lepak kat blog jap....
merepek2 something...ehhehe...:P

jap g smbung lah balikkk..wat keje...ok!


Dayah skrg nie kenal dgn sorg yg mnyamar jadi les...ehhehe..tp sebenarnyer dia lelaki...:D
tibe2 lak dia berterus trg....upe2nye dia sorg bakal lawyer...:)
wahhhhh..sungguh xsngka dapat kenalan seorang lawyer..

Dayah dh lah minat sgt2 nk jadi lawyer...tp xpandai cm org 2....:P
So, skrg nie ktorg hubung dalam fb jer....ari nie 1st time dia bg Dayah tgk muka dia....sbb dlm fb dia, dia xletak langsung muka dia....nk sorok muka lah konon....:)


ok lah tibe2 ase cm xde idea dh nk merepek pe....ehhehhe..
Doakan dayah ok2 saje waktu presentation nti ok?
bye....:D