Sunday, April 24, 2011

Usah terlalu MEMINATI, Usah terlalu MEMBENCI

ASSALAMUALAIKUM.......:D


Entri kali nie untuk umum...
Pada pembaca..jika entri kali ini menyentuh hati anda Ampun dan Maaf saya pinta...:)

Kepada pasangan yang semakin bahagia..saya doakan anda berdua sentiasa dalam kebahagiaan.
Pada mereka yang baru lepas berpisah janganlah mudah jatuh....ayuh bangun bersama saya...:)

Tidak salah jika seseorang itu mula meminati sesuatu, sama ada kearah kebendaan atau pun terhadap individu.
Tetapi anda haruslah berhati2 kerana terlalu meminati akan membawa padah satu hari nanti. Anda juga jangan lah terlalu membenci kerana ia juga akan membawa ke arah tidak baik.

Jika anda terlalu menyukai, anda tidak akan nampak apa2 kekurangan pada dirinya.
Jika anda terlalu membenci, anda tidak akan melihat kebaikan pada dirinye lagi.

Manusia menjadi buta tatkala terlalu menyukai. Bila suka anda akan mudah terpengaruh dgn kata2nya;
Meminati- anda haruslah berusaha sedaya upaya mungkin untuk mendapatkannya, meskipun kadang2 usaha anda itu menempuh sejuta bahaya.
Mengangumianda buta untuk melihat kecacatan yang ada padanya.

Lebih baik anda bersederhana dalam menyukai.
Berhati2 tatkala melangkah dan tatkala anda menyintai. Anda jgn lah terlalu berharap, apabila anda terlalu berharap akan mudah kecewa apabila gagal.
Oleh itu setiap kegagalan menyimpan satu kejayaan. Setiap masalah akan membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup byk lagi akn terbuka.

Jika anda gagal mendapat perhatian itu baik sebab sekurang2nya anda masih boleh membuat pilihan lain dan tidak terpenjara oleh yang satu.
"Permata tidak semestinya asli".  Jika senang diperolehi tentu bukan asli. Ia betul atau tidak pe yang saya katakan?
Jika ia tulen usahakanlah untuk memilikinya.
Jika ia palsu tinggalkan sahaja.
"Yang palsu tentu tidak berharga malah lebih sakit memeliharanya"
"Luaranya indah, cukup masa ia mengelupas dan masa itu lah terdedahlah segalanya"

"Ah..yang selame ini aku pertahanakan, upe2nye hanya besi buruk bersalut emas tiruan"
Semua org melihat buruk, tetapi anda tetap memandang cantik.
Mengapa kita tidak pernah nampak walaupun kita tidak buta penglihatan?

P/s: Bersederhana adalah jawapan kepada semua persoalan.

No comments:

Post a Comment