Thursday, April 21, 2011

Wanita Ialah Bintang & Pelita



Assalamualaikum...


Kalau semalam entri untuk lelaki..kali ini entri lebih kepada wanita...:)
Tengok tajuk lah awk....:D
Lelaki juga boleh baca...xsalah pun.


Tanpa pelita lelaki akan bergelap dalam kegelapan...
Cuba anda bayangkan kalau dalam dunia nie hnya ada kaum lelaki...nescaya sepanjang hidup mereka akn bosan dan sepi...betul x? Cuba anda bygkan pula kalau dunia nie semuanye kaum hawa? lebih kurg same jugakk kan?
Namun fitrah manusia memerlukan berteman, agar dgn itu dia ada teman untuk bebicara,saling menyayang untuk membina sahsiah hidup yang bahagia.

Wanita itu BINTANG. Indah dipersada langit.
Wanita itu Pelita. Ia menerangi alam.

Wujudnye wanita selain dari memperhambakan diri kepada PENCIPTA. Ia juga menjadi dian dalam hidup lelaki. Maka jadilah sebagai dian yang cukup damarnya. Jangan pula menjadi racun yang memusnahakan diri sendiri dan juga dia yang bernama lelaki.

"Lelaki itu kelihatan perkasa dan gagah tetapi sebenarnye lemah"
"Yang perkasa mungkin fizikalnye tapi hati dan perasaan tetap romantik. Jika tidak, tiadalah lelaki sanggup menyusahkan diri untuk bergelar kekasih dan suami kepada seorang wanita."

Perasaan lelaki tetap halus, sama seperti wanita cuma dia dibekal keperkasaan tubuh oleh ALLAH. Demikian itu, dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi. Perasaanya mudah tersentuh dan halus. Dia mampu menangis apabila jiwanye terhiris. Apa yang keperkasaan ditunjukkan dia tetap dikuruniakan hati yang lembut.

"Selalu terjadi juga pada seorang lelaki yang menjaga ketaatan dan kesolehan tetapi akhirnye kecundang, oleh godaan wanita. Jangan salahkan lelaki sangat jika perhatiannya terkalit. Tetapi seharusnye menyalahkan juga wanita yang mengoda.
"Lelaki lemah dalam perkasanya"

Lelaki amat memerlukan seorang wanita yang baik disisinya. Wanita juga memerlukan seoarang lelaki yang bertanggungjawab. Kita saling memerlukan.

"Kecantikan wanita tidak berertikan apa2 jika dibandingkan dgn kemuliaan akhlak dan perilakunye."
"Gunakan kecantikan anda untuk menundukan lelaki, anda kan berjaya sbb tiada seorang lelaki yang tidak suka pada kecantikan" tetapi apabila dtg bosan dan marah, kecantikan seorang wanita sudah tidak bermakna.

Akhir sekali "Sayangilah sebuah perkenalan kerana disitu ada kenangan, Kenangilah sebuah perhubungan kerana disitu adanya kerinduan." Sayangilah kedua-duanye kerana ia rahmat dari TUHAN.

No comments:

Post a Comment